Canva (Resume)

9 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan canva iaitu membuat resume. Kelas tersebut dihadiri oleh dua orang belia yang ingin mengisi kekosongan kerja. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk merekabentuk resume yang profesional. Hal ini kerana, resume penting untuk seseorang yang ingin mencari pekejaan kerana ia seperti tiket masuk untuk ke peringkat yang seterusnya dalam pencarian kerja. Selain itu, canva mempunyai template yang menarik dan sesuai untuk membuat resume.

Penggunaan canva banyak memudahkan urusan rekaan untuk hasil yang cantik dan pantas. Seterusnya, canva boleh menyimpan dan edit seberapa banyak versi yang disuka serta boleh menjimatkan masa pada format dan mengedit. Dengan adanya platform canva ini resume yang dihasilkan menjadi menarik, cantik serta lebih padat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali